? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?




Thursday, May 24, 2012

KISAH SETEGUK AIR


Dalam Peperangan Yarmuk, seorang pembawa air tercari-cari pejuang Islam yang mungkin memerlukan air. Akhirnya beliau menjumpai seorang pejuang yang cedera parah dan mengerang kesakitan. Namun belum sempat pembawa air ini menyuakan air ke bibir pejuang ini, tedengar rintihan seorang pejuang lain yang berteriak "Air! Air! Berikanlah saya air!"

Pejuang pertama yang sedang nazak mengisyaratkan kepada pembawa air untuk meninggalkannya dan memberikan air tersebut kepada pejuang kedua. Pembawa air ini bergegas kepada pejuang kedua yang juga berlumuran darah dan nyata tipis peluangnya untuk hidup. Namun belum sempat pejuang kedua ini meneguk air yang dibawakan kepadanya, terdengar teriakan "Air! Air! Berikanlah saya air!" daripada pejuang ketiga.

Pejuang kedua juga mengisyaratkan kepada pembawa air ini untuk segera memberi air kepada orang ketiga yang berteriak tadi. Namun sesampainya pembawa air ini kepada pejuang ketiga dan belum sempat dia memberi air kepadanya, pejuang tersebut yang sedang nazak juga menghembuskan nafas yang terakhir. Pembawa air ini bergegas kepada pejuang kedua tadi, tapi dia pun telah mati syahid juga. Dia bergegas ke pejuang pertama, tapi pejuang pertama itu pun sudah meninggal dunia. Menitis air mata si pembawa air tadi bila menyedari betapa tiga orang pejuang ini sanggup mengorbankan keperluan masing-masing demi orang lain!!



 kisah seteguk air di atas menunjukkan beberapa ciri cinta kerana Allah, iaitu:

1) Memahami bahawa orang yang kita cintai itu milik Allah dan dia boleh diambil olehNya pada bila-bila masa

2) Bila kita mencintai seseorang kerana Allah, kita mementingkan dirinya lebih daripada diri kita sendiri meskipun ini bermakna kita mengetepikan keperluan peribadi. Relevannya poin ini kerana dunia sekarang menitikberatkan individualisme, iaitu mementingkan diri sendiri.

Kisah seteguk air jelas menggambarkan cinta yang luhur dan sejati. Tidak kira sama ada cinta suami dan isteri, anak-anak, ibu bapa,kluarga atau sahabat2. Satu-satunya cinta yang membawa kita ke syurga ialah mencintai seseorang kerana Allah. Ia tidak mudah dilakukan, tetapi memerlukan usaha yang berterusan...:)cnta &pgrbnn ini lh yg kita inginkn apetah lagi  dalam brjuang mngkkn agama Islam.."SALAM PERJUANGAN YANG TIDAK PERNAH BERHENTI"

Tuesday, May 22, 2012

CENDEKIAWAN &POLITIK

POLITIK yang membawa kerosakan atau keburukan, adalah kerana ia diasaskan untuk kepentingan duniawi yang tidak ada kena mengena dengan politik Islam. Politik Islam adalah politik yang berteraskan kepada syariat Allah. Mana mungkin politik yang berteraskan kepada syariat Allah boleh membawa kepada
keburukan atau kerosakan.

Orang-orang yang menyendiri atau mengasingkan diri daripada menegakkan Islam (menerusi politik Islam) adalah golongan yang oportunis (mementingkan diri). Tidak mahu bersusah berjihad kerana hendak bersenang lenang dengan keluarga untuk kehidupan dunia. Mereka ini akhirnya akan berhadapan dengan hukuman Allah dan akan menerima balasan kerana meninggalkan jihad.

Berjihad untuk menegakkan syariat Allah atau untuk memartabatkan Islam melalui politik seperti di Malaysia sekarang ini, ada hukumnya yang tersendiri. Meskipun hukum jihad itu adalah fardu kifayah, bagi maksud jika ada sebahagian melaksanakannya, maka gugurlah tuntutan itu kepada orang lain. Namun, jika sebahagian yang melaksanakannya tidak berhasil mencapai matlamatnya, maka hukum tadi akan berubah kepada fardu ain.

Ini berpandukan kepada kaedah fikah yang bermaksud: “Sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannnya, maka perkara itu pun menjadi wajib juga.” Contohnya untuk mudah difahami, misalnya hukum berwuduk. Hukum asalnya sunat sahaja. Tetapi jika hendak menunaikan solat, maka tidak sah solat melainkan seseorang itu mempunyai wuduk. Maka di dalam hal ini, hukum sunat wuduk sudah berubah kepada wajib.

Demikian halnya dengan hukumhukum Allah di dalam al-Quranul karim. Contohnya seperti hukum hudud, qisas dan takzir, malah seluruh hukum-hukum Islam, tidak boleh dilaksanakan, melainkan dengan memegang kuasa di peringkat Pusat.

Maka berpolitik untuk memegang kuasa di Pusat, termasuk negeri, hukumnya adalah wajib. Wajibnya itu sudah menjadi fardu ain. Ia wajib dilaksanakan setiap individu Muslim. Said Hawa dalam kitabnya, Jundullah di halaman 493 menulis yang bermaksud: “Hukum-hukum Islam, tidak terlaksana dalam sebahagian besar negara umat Islam. Maka ia menjadi suatu faridhah (kewajipan) asas ke atas setiap individu Muslim. Sesungguhnya barang yang tidak sempurna wajib, melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib.

Selagi hukum-hukum Allah tidak tertegak dan jihad yang sebenar tidak direalisasikan, dan pemerintahan Islam tidak wujud, maka tugas menegakkan negara tersebut adalah wajib, ke atas semua orang Islam di tempat tersebut.”

Umat Islam awalan dahulu, diwajibkan kepada mereka berhijrah dan berjihad ke jalan Allah. Yang berjihad, tetapi enggan berhijrah, Allah menempelak mereka menerusi firman-Nya (mafhumnya): “Sesungguhnya orang orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikit pun
untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Anfaal, ayat 72)

Selepas pembukaan Makkah pada tahun kelapan hijrah, Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya): “Tidak ada lagi tuntutan berhijrah dari Makkah ke Madinah selepas ini, yang ada hanyalah jihad dan niat, sehinggalah ke hari kiamat.” Jihad inilah yang menjadi tuntutan syarak kepada setiap individu Muslim. Ia tidak boleh dielakkan dengan alasan yang hanya dibuat-buat seperti soalan yang anda tanyakan di atas.

Tidak boleh dijadikan alasan politik itu membawa keburukan. Itu adalah politik yang tersasar daripada landasan Islam. Jihad merupakan bisnes yang serius, wajib dipikul oleh semua umat Islam, tanpa mengira apa kedudukan mereka. Lebih-lebih lagi golongan yang ada kedudukan dalam Islam seperti bekas pensyarah IPTA di bidang Islam, maka tentulah orang itu lebih faham bahawa kewajipan jihad adalah wajib ke atas setiap individu Muslim, maka terserahkan kepada diri masing-masing itu melaksanakannya. Apa yang pasti, akhirnya kita akan menghadap Allah SWT untuk ditentukan amal-amal yang dilaksanakan.

Wallahua’lam.
BERSAMA DATO’ HARUN DIN



*KEFAHAMAN TTG POLITIK YANG WJIB D FAHAMI OLEH ANK MUDA ZMN INI ^_^..seronok jika sama3 kita nilai pgrtian politik islam yg sbnr dri zmn Rasulullah,sahabt,n hgga kini....hatta zmn Rasulullah pn para wnita jga trlibt dgn politik..

Monday, May 7, 2012

~ YA ALLAH JADIKAN KU SOLEHAH BUAT DIRINYA~~




Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).


Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"
Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR. Al-Hakim)

Rasul Allah bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (Diriwayatkan oleh al-Thabarani)

"... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)

Rasulullah bersabda,, “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda : “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)

Rasulullah bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Nabi bersabda , “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)

Friday, May 4, 2012

HATIKU MILIK ALLAH


Saat aku merasa tak mampu lagi memberi perhatian kepadamu, Namun Aku yakiin Allah mampu Untuk selalu memberi perhatian kepadamu.

Saat aku merasa tak mampu lagi membuat mu bertahan,aku pun masih yakin Allah tak akan pernah ingkar..bahawasanya...Allah  sumber segala kekuatan.

Saat Aku tak mampu lagi menjadi tempatmu berkeluh kesah,,aku tetap yakin,tempat mengadu yang sebenarnya hanyalah Allah...

Saat aku ...tak mau lagi menerima panggilamu,, Aku yakin Allah akan selalu menjawab kala engkau datang memenuhi Panggilan-Nya

Tak Usah kau ragukan tentang diri Ini,karena Allah Always Be There.. Bersamamu,bersama ku ,Bersama KIta...
Tak usah pula kau ragui,bagaimana kepercayaan muncul  tanpa Komunikasi ??' Itu katamu,, Tapi Tidak kataku..

Cukup Doa sebagai komunikasi diantara kita.Janganlah Melampaui Batas dari apa Yang Allah tetapkan..Selagi KIta tidak diikat dengan ikatan yang halal Selama itu pula kita tak berhak untuk membazirkan perasaan Itu.

Aku tak mampu menjaga cinta diri ini .. keranaa Allah sebaik-baik nya Penjaga..Ku serahkan segala pada-Nya dan biarkan ia indah pada waktu yang ditentukan-Nya dan ku percaya jodoh itu milik Allah andai Dia m'khendaki kita bersama pasti itu lah ktntuaNya,nmun jika tqdir mnntukn sebaliknya ku percya sgla psti ada hikmh yang x trsingkap dek akal fikaran diriku sndiri  ..

Itulah keyakinanku selamanya..kerna Allah sgalanya bg hati ini...:)maka ku kn trus brpegang pd prinsip diri sekalipun badai noda melanda..ku kn truskn sglnya ..biarpun kebncian mnusia kerana prinsipku..nmun aq ada Allah yg myayangiku..ingtlh whi diri jika engkau brpgg pd tali mnusia engkau akn mati,,tp pgglh tali Allah engkau akn  bhgia selamanya..

SIAPAKAH YANG DIRIMU LEBIH CINTAI

Ditinggalkan kekasih tercinta?

Seseorang orang telah bertanya : "Wahai pemuda engkau seorang yang berjiwa besar, kenapa engkau menangisi kerana seorang kekasih ?

Pemuda menjawab : "Wahai hamba Allah, aku menangis bukan kerana ditinggalkan kekasih, tetapi aku menangis kerana mencintai seseorang melebihi cinta ku kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam."

Berkata Al-Bukhari: Telah menceritakan kepada kami Ya'qub bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami Ibn 'Aliah dari Abdul 'Aziz bin Shahib dari Anas, Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Tidak beriman salah seorang diantara kamu (dengan keimanan yang sempurna) sehinggalah aku lebih dicintai olehnya daripada ayah dan anaknya dan kaum Muslimin seluruhnya."

Tidak sempurna iman salah seorang diantara kamu jika dia mencintai Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam tetapi dia tidak mendahulukan cintanya kepada baginda di atas kecintaan selain baginda dari kalangan makhluk. Jika seseorang itu pada dasarnya tidak mencintai Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, bahkan dia membenci Rasul, maka dia telah kafir.

Adapun jika dia mencintai Rasul Shallallahu 'alaihi wasallam, akan tetapi dia mendahulukan cintanya kepada anaknya dan orang tuanya di atas kecintaan kepada Rasul Shallallahu 'alaihi wasallam, maka ini mengurangkan keimanan. Bahkan tidak sempurna keimanan seseorang hamba dan tidaklah lengkap (keimanannya) sehinggalah dia mencintai Rasul Shallallahu 'alaihi wasallam lebih dari dirinya yang berada diantara tulang belakangnya, lebih dia cintai dari anaknya yang merupakan sebahagian dari juzuk dirinya, lebih dia cintai dari orang tuanya yang merupakan asal-usul keturunannya, dan lebih dia cintai dari keseluruhan manusia."

Allah Ta'ala berfirman: "Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." (At-Taubah: 24)

Pemuda menyambung lagi : "Kini baru aku tersedar, tiada cinta yang hakiki selain cinta Allah dan Rasul-Nya yang perlu aku utamakan. Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lainnya menjadi kecil dan rendah padanya.

"Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. Kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah."

Seorang Arab Badwi bertemu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan bertanya, “Bilakah akan berlaku kiamat ya Rasulullah?”. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak menjawab, sebaliknya menyoalnya semula, “Apakah yang telah engkau sediakan untuk menghadapinya?”. Orang Badwi itu menjawab, “Aku tidak menyediakan dengan banyak mendirikan solat dan berpuasa tetapi aku menyediakan dengan hati yang amat mencintaimu”. Mendengar jawapan orang Badwi itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam terus bersabda yang bermaksud : “Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak,”
(Muttafaq ‘alaih).

Cinta sentiasa menjadi buruan manusia. Manusia sering memburu cinta yang berbeza. Ada yang memburu cinta wanita, suami, harta dan sebagainya. Namun cinta yang hakiki, tidak pernah mengecewakan ialah cinta Allah dan Rasul-Nya. Inilah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat yang akan menghantar kita ke dalam Syurga.

Insya Allah . . .