? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?




Saturday, June 23, 2012

TAZKIYAHTUNNAFSI

Pertama : Tahjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjud.

Kedua : Melazimi membaca Al-Quran dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.

Ketiga : Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.

keempat : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

kelima : Jaga sedekah setiap hari.walaupun hanya dengan sekuntum senyuman.

keenam : Jaga wudhuk terus menerus, kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.

ketujuh : Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

kelapan : perbaharui Azam dan Tekad untuk berkhidmat kerana Allah SWT .

Kesembilan : Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang muslim sejati.


kesepuluh : Memelihara diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan disisi Allah SWT .

Saturday, June 9, 2012

~Tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.~



Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

~SELAMAT BERAMAL n SEMOGA BERMANFAAT~

Tuesday, June 5, 2012

AKU INGIN BERLARI MENUJU CNTA ALLAH..

Bukan tidak suka. Bahkan jauh sekali ingin membenci. Aku cuma tidak kuat ingin menolak rasa yang kadang-kala menerpa. Lantas kerana itulah aku melarikan diri.

Kerana aku tahu aku bukanlah hamba yang teguh imannya di hati. Aku cuma hamba yang kadang-kala jatuhnya tidak diingini. Aku tahu amat sukar bagi kamu untuk mengerti.

"Wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah, dan Allah Dialah yang Maha Kaya, Maha Terpuji. Jika Dia menghendaki, niscaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru untuk menggantikan kamu. Dan yang demikian itu tidaklah sulit bagiNya." [35:15-17].

Andai aku ingin melarikan diri. Tiada lain aku harapkan melainkan diredhakan hati. Dilindungi selalu di bawah payungan rahmat Ilahi. Kerana aku tahu rencana Illahi adalah sebaik-baik ketetapan buat diri.

Lantas, siapalah aku untuk menyanggahi?

Andai ingin menanti. Janganlah kamu merapati. Kerana aku pasti menjauhi. Bukan kerana tidak suka. Jauh sekali membenci. Fahamilah diriku. Aku bukan hamba yang tebal imannya di hati.

Buat hati yang menangisi.

Pergilah dikau mencari redha Illahi. Aku rela bersendirian. Dalam mujahadah aku kepadaNya. Sekali-kali tidak aku menunggu. Tidak pula akan ku toleh ke belakang.

Inilah jalanku. Selamat tinggal cinta.
“Cinta itu fitrah. Cinta itu sentiasa muncul di hati. Iman kita yang akan memandu cinta kita ke syurga atau neraka. Jika mampu berkahwin, realisasikanlah cinta kita melaluinya. Jika tidak, pilihlah untuk berusaha menjaga diri, mengawal perasaan dan hati."

SEBUAH PERTUNANGAN

Bila melayari Facebook, kita selalu disajikan dengan tatapan gambar-gambar perkahwinan sama ada sahabat kita sendiri mahu pun kenalan di Facebook. Terkadang kita keliru.

Ini gambar perkahwinan atau pun pertunangan?

Mana taknya, kalau berkahwin kenapa kita tidak dijemput bersama? Kalau bertunang mengapa harus ditayangkan kepada umum? Padahal yang melakukannya bukan orang sebarangan. Ahli jemaah sendiri. Orang berfikrah islami pula.

Tidakkah tindakan mereka ini berisiko tinggi? Apakah pesanan Rasulullah SAW?
Tidakkah mereka belajar cara islam? Apa yang telah islam gariskan dalam bab ini?

Pertunangan adalah suatu komitmen yang BELUM PASTI. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu TIDAK dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil. - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri. Mereka perlu bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup. Selama-lamanya sampai mati.



ZINA HATI YANG ISLAMIK ROMANTIK

Bagi ana, ramai yang mengatakan mereka cuba menjaga hubungan yang belum pasti ini tetapi terperangkap dalam masalah hati atau kita panggil zina hati yang "Islamik Romantik". Berbau islam, tetapi membawa kepada masalah hati yang parah.

Sebaiknya kita tetapkan hati, pendirian dan besederhana. Ana pasti, InsyaAllah kalau kedua-dua pihak memahami tujuan sebenar perkahwinan, mengikut saluran yang sebenarnya, mengambil jalan sederhana dan wara’ dalam menjaga batasan, dengan izin Allah prosesnya akan tenang sahaja.


Melainkan keperluan tentang perancangan yang penting. Sebaiknya elakkan telefon kecuali bagi yang benar-benar "urgent" dan boleh menjaga hati serta tiada jalan lain untuk berbincang. Seperti ke rumah dengan ibu bapa atau melalui orang tengah.

Juga fokuskan kepada perancangan perkahwinan dan self improvement. Sebab ramai yang asyik masyuk dalam alam bertunang terlupa nak mempersiapkan diri untuk alam rumahtangga.

Mungkin bagi sesetengah individu, banyak cabaran semasa bertunang. Setengah yang lain biasa-biasa sahaja. Semuanya sesuai dengan apa yang Allah beri. Usah difikir banyak, tidak perlu melayan perasaan semasa bertunang. Fokuskan kepada kehidupan yang sedang dijalani sekarang. Berhubung, minimakan seminimanya.

InsyaAllah, tiada resah gelisah. Tiada masalah.

Berkahwin cuma sekadar satu wasilah. Cinta bukan segalanya. Namun segalanya yang dimulai dengan niat yang ikhlas, cara yang sohih dan barakah akan menimbulkan cinta wajar selepas perkahwinan.

Untuk para daie, jagalah agamamu di mana sahaja kalian berada. Jadikan perkara ini sebagai sesuatu yang wajib kerana "beban" dakwah tergalas kemas di bahu kita. Jika kita tidak menjaga amanah ini, siapa lagi.

Sekali lagi.

Jagalah agamamu. Maka Allah akan menjaga kebajikanmu dan mempermudahkan urusanmu.