? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?




Bila melayari Facebook, kita selalu disajikan dengan tatapan gambar-gambar perkahwinan sama ada sahabat kita sendiri mahu pun kenalan di Facebook. Terkadang kita keliru.

Ini gambar perkahwinan atau pun pertunangan?

Mana taknya, kalau berkahwin kenapa kita tidak dijemput bersama? Kalau bertunang mengapa harus ditayangkan kepada umum? Padahal yang melakukannya bukan orang sebarangan. Ahli jemaah sendiri. Orang berfikrah islami pula.

Tidakkah tindakan mereka ini berisiko tinggi? Apakah pesanan Rasulullah SAW?
Tidakkah mereka belajar cara islam? Apa yang telah islam gariskan dalam bab ini?

Pertunangan adalah suatu komitmen yang BELUM PASTI. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu TIDAK dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil. - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri. Mereka perlu bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup. Selama-lamanya sampai mati.



ZINA HATI YANG ISLAMIK ROMANTIK

Bagi ana, ramai yang mengatakan mereka cuba menjaga hubungan yang belum pasti ini tetapi terperangkap dalam masalah hati atau kita panggil zina hati yang "Islamik Romantik". Berbau islam, tetapi membawa kepada masalah hati yang parah.

Sebaiknya kita tetapkan hati, pendirian dan besederhana. Ana pasti, InsyaAllah kalau kedua-dua pihak memahami tujuan sebenar perkahwinan, mengikut saluran yang sebenarnya, mengambil jalan sederhana dan wara’ dalam menjaga batasan, dengan izin Allah prosesnya akan tenang sahaja.


Melainkan keperluan tentang perancangan yang penting. Sebaiknya elakkan telefon kecuali bagi yang benar-benar "urgent" dan boleh menjaga hati serta tiada jalan lain untuk berbincang. Seperti ke rumah dengan ibu bapa atau melalui orang tengah.

Juga fokuskan kepada perancangan perkahwinan dan self improvement. Sebab ramai yang asyik masyuk dalam alam bertunang terlupa nak mempersiapkan diri untuk alam rumahtangga.

Mungkin bagi sesetengah individu, banyak cabaran semasa bertunang. Setengah yang lain biasa-biasa sahaja. Semuanya sesuai dengan apa yang Allah beri. Usah difikir banyak, tidak perlu melayan perasaan semasa bertunang. Fokuskan kepada kehidupan yang sedang dijalani sekarang. Berhubung, minimakan seminimanya.

InsyaAllah, tiada resah gelisah. Tiada masalah.

Berkahwin cuma sekadar satu wasilah. Cinta bukan segalanya. Namun segalanya yang dimulai dengan niat yang ikhlas, cara yang sohih dan barakah akan menimbulkan cinta wajar selepas perkahwinan.

Untuk para daie, jagalah agamamu di mana sahaja kalian berada. Jadikan perkara ini sebagai sesuatu yang wajib kerana "beban" dakwah tergalas kemas di bahu kita. Jika kita tidak menjaga amanah ini, siapa lagi.

Sekali lagi.

Jagalah agamamu. Maka Allah akan menjaga kebajikanmu dan mempermudahkan urusanmu.

0 comments: