? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?




Wednesday, October 31, 2012

PERINGATAN SEBUAH KEMATIAN

Al-Hafiz Al-Hakami dalam sebuah syairnya, mengatakan :

Ingatlah kematian dan peristiwa-peristiwa terjadi selepas itu;
tidak seorang pun yang dapat melepaskan diri daripadanya.
Kematian merupakan penentuan segalanya;
segala sesuatu menjadi jelas akibatnya.
Kubur boleh menjadi sebuah taman syurga;
dan boleh pula menjadi lubang neraka.
Jika ia baik, maka setelahnya itu
adalah kenikmatan yang tiada bandingannya dari Tuhan.
Jika ia jahat, maka setelahnya itu;
adalah kesengsaraan jauh lebih dahsyat.
Demi Allah, sekiranya kau tahu apa yang berlaku selepas itu;
tentulah kau tidak akan tertawa malah banyak menangis.


Wahai sekelian hamba Allah! Semua manusia sedang berjalan menuju kematian. Dia akan ingat sebuah ketentuan yang pasti dialami oleh setiap insan. Iaitu sebuah kemestian yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada sekalian anak cucu Adam. Pada saat kematian menjelma, ia akan menghinakan para pelaku kezaliman dan melumpuhkan para pelaku maksiat. Orang derhaka akan insaf dan orang yang berdosa akan bertaubat.
Saat kematian tiba adalah saat yang sangat menyakitkan yang akan dilalui oleh semua orang, samada raja mahupun rakyat jelata, samada pemimpin mahupun orang yang dipimpin, samada orang kaya mahupun orang miskin. Persediaan diri yang sebenarnya adalah ketika menghadapi kematian. Berazamlah untuk memanfaatkan waktu sebaik-baiknya dengan melakukan amal soleh dan tidak membuangnya dengan sia-sia.

Apabila Sufyan al-Tsauri duduk beramai-ramai bersama rakan-rakannya di suatu majlis, dia hanya duduk sekejap sambil membaca tasbih dan kemudian terus berdiri.
Rakan di sekelilingnya hairan sehingga mereka bertanya : “Kenapa dengan dirimu Abu Sa’id?”
Ia menjawab : “Demi Allah, aku baru sahaja teringat akan kematian.”

Anak muda sudahpun beruban
Dan orang tua telahpun binasa
Waktu pagi dan waktu petang
Datang silih berganti.
Malam yang usang itu digantikan dengan siang
Dan generasi baru pun berdatangan
Kita pergi dan pulang kerana keperluan hidup
Padahal keperluan orang yang hidup itu tak putus-putusnya
Setiap keperluan mati bersamaan
Dengan kematian pemiliknya
Keperluan yang tetap hidup hanyalah amal soleh dan kebajikan…


Oleh itu Adz-Zahabi berkata : “Sufyan al-Tsauri mati kerana dia mengingati kematian, sehingga merosak denyutan darah dalam jantungnya. Ketika itu dia dibawa kepada seorang doktor, doktor itu berkata “Orang ini tidak akan hidup lebih dari tiga hari lagi.”, kerana jantungnya sudah tidak bergerak tidak seperti biasanya.”
Sufyan al-Tsauri pernah membaca surah at-Takastur pada suatu malam, lalu mengulang-ulangi sampai waktu paginya sambil menangis. Keluarga dan tetangganya juga ikut menangis kerana mendengar tangisannya itu. Mengapakah sampai demikian? Sebab dia menghayati betul-betul maksud ayat yang dibacanya dan meyakini benar akan hari Akhirat. Allah SWT telah berfirman :
“Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin.” (at-Takastur : 5)
Malangnya kita sekarang hanya mengagak-agak bahawa hari Akhirat itu ada. Padahal kita tahu bahawa kita bakal mati. Kita sering mengebumikan datuk,  saudara-mara namun semua pengalaman dan pengetahuan itu seperti tidak ada faedahnya bagi kita. Seandainya keyakinan terhadap adanya hari Akhirat itu benar-benar tertanam dalam hati kita, nescaya kita menghadap kepada Allah, mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya serta kita sentiasa memelihara waktu untuk sentiasa bersama Allah.
Maimun bin Marhan seorang ahli ibadah yang zuhud lagi alim, telah menggali kubur dalam rumahnya sendiri. Lalu setiap malam dia masuk ke dalam kuburan buatannya itu untuk membaca al-Quran sambil menangis. Jika tidak tahan kepanasan dan kegelapan ruang sempit itu dia keluar darinya dalam keadaan menangis sambil berkata kepada dirinya sendirinya : “Wahai Maimun, kamu telah kembali lagi ke dunia, maka segeralah untuk memperbanyak amal soleh.”
Ada juga ulama yang menyiapkan kain kafan untuk dirinya dan meletakkannya di bahagian atas punggung bilik tidurnya sehingga setiap hari matanya melihat kain kafan tersebut dan hatinya selalu teringat akan kematian.

betapa ulama dahulu hati mereka telah bersedia menghadapi kematian..tapi kita hidup masih penuh lalai dan alpa pada kenikmatan dunia..yuk!!kita islah diri kita mdh mdhn pengakhiran hidup kita dalam husnul khatimah..