and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS?
“Jadikanlah dirimu mawar yang menyeri dan menguntum di jalan dakwah dan biarkanlah mawar itu terpaksa dilukai oleh onak duri untuk merasai harumnya kasih Ilahi..”
بســــم الله الرحمن الرحيم
Tuhan ku.. Ku hulurkan Salam buat Baginda Nabi s.a.w.. Salam dan rinduku buat Insan TerAgung yang Engkau Cintai.. Salam penuh pengharapan pada Baginda s.a.w Ku hulurkan lagi Salam cinta ku padanya.. Salam tulus dari umat yang berdosa..
Ya Rasulullah, Ya Habiballah, Ya Nabiyyallah.. KeGembiraan diwajah mu Ya Rasulullah, slalu menjadi pengharapan ku padaNya Ilahi.. KeBahgiaan di hati mu Ya Habiballah, slalu menjadi dambaan ku di setiap jalan hariku.. Saat terukirnya Senyuman mu Ya Nabiyyallah, itulah detik yang membahagiakan.. Tiada yang lebih membahagiakan selain melihat diri mu Ya Rasulullah, Gembira, Bahagia dan Tersenyum..
Ya Rasulullah, Ya Habiballah, Ya Nabiyyallah.. Tangisan mu Ya Rasulullah itulah yang tidak sanggup ku lihat.. Remuklah hatiku saat melihat Titisan air matamu Ya Habiballah, Hancurlah seluruh jasad ini saat aku mendapati engkau kecewa dengan diriku,.. Ya Nabiyyallah,
Tuhan ku.. Saat aku menangis, aku bimbang Kekasih Mu bersedih melihat umatnya yang kecewa.. Saat aku berduka, aku bimbang Sang Nabi menitiskan air mata melihat diriku terhina.. Saat aku mengharap pada-Mu Tuhan, aku selalu merasakan Kekasih Mu juga turut menadah tangan mengharap pada-Mu.. Saat aku bersujud, mengharapkan Baginda s.a.w memohon bagiku moga terampun dosa, aku merasa sejuknya Kasih dan Rindunya Sang Nabi pada umatnya..
Tuhan ku.. Saat bilakah telah aku lukakan hati Sang Nabi s.a.w..? Saat bilakah telah aku telah membuat Baginda s.a.w menangis..?
Tuhan ku.. Ampunkanlah aku ketika saat ku membuat mata Sang Nabi menangis, membuat Hati Sang Nabi kecewa.. Kerana aku sangat tidak sanggup atas dosa-dosa ku ini yang menghiris-hiris perasaan Baginda s.a.w.. Taubatkanlah aku, dan angkatlah doa ku ini Ya Allah dengan berkat Sayyidina Muhammad Rasulullah s.a.w, Kekasih Mu.. Tolonglah Ya Allah.. Mataku buta untuk melihat Baginda terseyum redho pada ku.. Maka, aku berharap pada Mu.. di saat dosa ku terampun dan doa ku terangkat, maka Baginda s.a.w tersenyum melihat ku.. dan syaitan kecewa dengan segenap usahanya..
Ya Allah.. Kegembiraan Sang Nabi sudah cukup menitiskan air mata syukur ku ini.. ..ameen Ya Allah
¤MAAF Kerana aku Menjauhkan Diri Darimu... ¤MAAF Kerana Aku Melukakan Hati Mu.. ¤MAAF Kerana Aku Menolak CintaMU.. ¤MAAF Juga Jika Aku Bertindak "SOMBONG" Dihadapan mu...
kerana aku BIMBANG dirimu BERDOSA diatas kehadiranku dalam kehidupan mu..Dan aku juga TAKUT kehadiran ku membawa FITNAH ke atas dirimu..Kerana aku WANITA BIASA yang mungkin MERUNTUHKAN tembok KEKUATAN dan KECEKALAN seorang "LELAKI"tggulah ak di suatu PENANTIAN yg mndpt redha ALLAH..kerna ku ykin saat itu psti akn kutemui jua..
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.
2. Mayat yang mukanya berbentuk bab*. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-apa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.