“Jadikanlah dirimu mawar yang menyeri dan menguntum di jalan dakwah dan biarkanlah mawar itu terpaksa dilukai oleh onak duri untuk merasai harumnya kasih Ilahi..”
“Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin.” (at-Takastur : 5)Malangnya kita sekarang hanya mengagak-agak bahawa hari Akhirat itu ada. Padahal kita tahu bahawa kita bakal mati. Kita sering mengebumikan datuk, saudara-mara namun semua pengalaman dan pengetahuan itu seperti tidak ada faedahnya bagi kita. Seandainya keyakinan terhadap adanya hari Akhirat itu benar-benar tertanam dalam hati kita, nescaya kita menghadap kepada Allah, mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya serta kita sentiasa memelihara waktu untuk sentiasa bersama Allah.
Posted by sejernih kalam nurani at 8:04 AM 0 comments