? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?






TERJEMAHAN KITAB
(AL-KHOMEINIAH/KHOMEINISMA)
karangan oleh : Saied Hawwa

PENDAHULUAN KITAB

Sesungguhnya cinta kepada Ahli Keluarga Nabi s.a.w. merupakan kefardhuan kepada tiap-tiap muslim lelaki dan perempuan. Akan tetapi telah tersebarnya pengaruh dan dakyah-dakyah pelik sepanjang sejarah dengan pelbagai pegangan aqidah yang fasid dan pendirian-pendirian yang buruk lagi jahat menyebabkan kecintaan kepada Ahli Bait Nabi s.a.w. disalah ertikan.

Sejak munculnya Ayatullah al-Khomeini,[1] ramai yang beranggapan bahawa dia pemimpin yang berkarisma dan akan membawa proses penjernihan serta membebaskan ajaran-ajaran Syiah daripada aqidah-aqidah yang palsu dan tipu.

Namun dia terus menggubal kerajaannya dengan menyebarkan fahaman Syiah acuannya (Khomenisma) secara meluas dengan pelbagai penyelewengan dan pengubahsuaian yang pelik-pelik dan ganjil. Akibatnya konsep taqrib (pendekatan) antara Syiah dan Sunni semakin tidak menemui jalan penyelesaian.

Maka seharusnya bagi setiap penuntut ilmu membongkarkan kebenaran dan menjelaskan keadaan sebenar tentang kelampauan dan kebiadaban mereka terhadap Islam, Rasul dan umatnya. Ianya supaya kita tidak tertipu dan dijauhi daripada penyelewengan tersebut yang akan membawa kepada gugurnya keimanan kita.

Al-Khomeini telah mencampur adukkan dalam manhaj gerakan dakwahnya dengan dakyah kebatinan, bermuka-muka dengan konsep taqiyyah dan mendapatkan pertolongan daripadaZoroastrianism (pemuja-pemuja api) untuk menjayakan rancangan dan tujuannya.

Tiga tujuan utamanya :
1. Merosakkan Akidah umat Islam
2. Menghapuskan petanda-petanda Islam dan memutar belitkan petunjuk-petunjuk
    yang mulia
3. Memenuhi keinginannya untuk menguasai dan memerintah

Kitab kecil ini mengandungi Dua Bab, Bab Pertama menceritakan tentang aqidah dan pegangan-pegangan pelik oleh al-Khomeini, manakala Bab Dua pula menjelaskan Pendirian-pendirian pelik oleh dia. Penutup kitab menerangkan kepada pemuda pemudi dikalangan umat islam supaya berpegang dengan Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah kerana kebenaran yang ada padanya dan keadilan yang sejagat.


BAB PERTAMA : Antara Pegangan-pegangan Syiah Yang Diseleweng Oleh Ayatullah Khomeini

Semenjak tersebarnya pengaruh Syiah yang mempunyai pelbagai tafsiran dan pandangan agama yang pelik-pelik menyebabkan banyak kerosakan berlaku, lebih-lebih lagi dalam aspek aqidah. Adapun pengaruh tersebut kadang-kadang akan membawa kepada kekufuran.

Setelah itu timbullah pelbagai firqah(puak/kumpulan) dalam Syiah seperti Ismailiah, Nusairiah, Alawiyyah, Druze dan lain-lain yang merupakan puak-puak Batiniah yang bersepakat dalam mengkafirkan kelompok Ahli Sunnah wal Jamah dan Syiah Isna ‘Asyar.

Sesungguhnya Syiah Isna ‘Asyar (yang diimani oelh al-Khomeini) banyak berselisih dalam pelbagai masalah Usul dan Furu’ dengan puak-puak tersebut namun mereka itu dianggap rakan karib dalam memerangi kelompok Ahli Sunnah wal Jamah.

Antara Aqidah dan pegangan pelik yang diimani oleh Khomeini secara ringkas :

1. Melampau dalam berpegang kepada 12 Imam mereka (konsep Imamah)

Sebagaimana maklum bahawa pengikut agama Kristian (setelah agama mereka diubah) menjadikan Nabi Isa a.s. sebagai Tuhan, begitulah juga al-Khomeini dan pengikutnya, mendakwa Imam-imam mereka itu maksum (daripada tersalah, lupa, lalai, tidak pernah lakukan dosa) bahkan wajib bagi setiap pengikut Syiah menganggapnya sebagai perkara Usul yang perlu diimani.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Kulaini dalam kitabnya Usul al-Kafi (kitab yang paling muktabar selepas Al-Quran disisi Syiah) mereka mengatakan bahawa Imam-imam mereka lebih tinggi kedudukan daripada Nabi-nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w.[2]

Mereka juga berpendapat bahawa Imam-imam mereka menyamai dengan Ilmu Allah dalam mengetahui perkara-perkara ghaib. [3]

Perkara-perkara tersebut dinyatakan senndiri oleh Khomeini dalam kitabnya : “Adapun perkara yang wajib berpegang dalam mazhab kita bahawa tidak ada yang boleh menyamai kedudukan Imam-imam kita walaupun mana-mana Malaikat dan Nabi sekalipun yang diutus.”[4]

2. Berpegang bahawa Al-Quran telah diubahsuai 
    dan diputarbelitkan

Mereka berpendapat bahawa Al-Quran telah dipinda dengan beberapa tambahan dan pengurangan. aqidah ini muncul secara jelas ketika kurun ke-2 Hijrah. 

Kemudian dihidupkan kembali pada era kerajaan Safavid oleh Mirza Hussien al-Nuri al-Thabarisi pada kurun ke-13 Hijrah melalui kitabnya "Faslu al-Khitab fi Ithbat Tahrifi Kitabi Rabbil Arbab". Dalamnya memuatkan lebih daripada 2000 riwayat yang dianggap Syiah sudah diseleweng.


Imam al-Kulaini ada menyatakan dalam kitabnya : “Sesungguhnya apa yang benar pada kita sekarang adalah Mushaf daripada Fatimah sahaja”[5]

Begitu juga Imam al-Baqir ada menyatakan : “Sesungguhnya banyak dan jelas tentang pengurangan Al-Quran dan penukarannya”[6]

Al-Khomeini ada menyatakan dalam Kasyful Asrar : "Perkara ini amatlah mudah bagi mereka (sahabat-sahabat Nabi), bahawasanya mereka semua telah mengeluarkan sebahagian daripada riwayat dan ayat-ayat Al-Quran dan memindah masuk daripada kitab-kitab Samawi lain dengan penelewengan".  
3. Pandangan mereka terhadap hadith-hadith Nabi s.a.w.

Telah bersepakat kesemua pengikut Syiah bahawasanya tidak boleh behujjah (tidak boleh dijadikan hukum dan panduan) daripada Sunnah Nabi kecuali apa yang selari dengan pegangan mereka. Mereka menyatakan bahawa umat Islam keseluruhannya telah murtad selepas kewafatan Nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja (Ali bin Abi Thalib, Hasan, Hussin, Fatimah).

Banyak daripada hadith yang sampai kepada tahap Mutawatir[7] mereka menafikannya daripada Nabi s.a.w. Begitu juga hadith-hadith Sahih yang tidak selari dengan pandangan mereka dikatakan palsu.
Sebagaimana yang dikatakan oleh Syeikh Muhammad Hassan Ali Kasyif al-Ghita’ : “Adapun periwayatan Hadis Nabi s.a.w. yang sanadnya melalui Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan bin al-Hakam, Imran bin Hattan, Amru bin al-As, disisi Syiah Imamiah tidak mengiktiraf kedudukan mereka”.[8]

Al-Khomeini dalam kitabnya ada menyebut : “Bahawasanya Abu Bakar al-Siddiq telahmereka-reka hadith palsu, begitu juga Samurah bin Jundub”[9]

Sebagai ganti kepada sunnah yang didustakan, mereka beriman pula dengan pendapat-pendapat khurafat yang dinisbahkan kepada para Imam-imam mereka sebagaimana yang terdapat dalam Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini. Majoriti riwayat di dalam ‘kitab suci’ Syiah ini adalah riwayat marfu’ yang dinisbahkan kepada para imam oleh perawi yang ada di antaranya hidup beberapa kurun selepas imam berkenaan! 
 
Al-Khomeini mengangkat riwayat-riwayat khurafat ini ke martabat Al-Quran dengan kata-katanya : "Sesungguhnya pengajaran para imam adalah seperti pengajaran Al-Quran yang wajib dilaksana dan dipatuhi"
3. Pandangan mereka terhadap para sahabat Nabi s.a.w.

Mereka secara terangan mencerca para sahabat Nabi s.a.w. Mereka telah mengatakan sesat dan terang-terangan melafazkan laknat kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, Talhah, Zubair, Abu Ubaidah, Abdurrahman bin ‘Auf, Sayyidah ‘Aisyah dan lain-lain. Bahkan sesetengah mereka ada yang mengkafirkan sahabat.

 Al-Khomeini ada menyebut :“Adapun kita tidak bersama dengan kedua-duanya (Abu Bakar dan Umar) terhadap apa yang mereka berdua telah bersalahan dengan Al-Quran dan bermain-main dengan hukum-hukum Allah, apa yang yang dihalal dan diharamkan dalam Al-Quran adalah daripada pandangan mereka berdua, mereka berdua telah menindas Fatimah dan bermusuh dengan anak cucunya, bahkan apa yang kita dapati daripada mereka berdua itu adalah jahil dengan hukum Allah dan agama”[10]

Mereka tetap berpegang bahawa Nabi s.a.w. telah melantik Ali bin Abi Thalib sebagai khalifah selepas kewafatan baginda dengan berpegang kepada hadith Nabi s.a.w. Namun para sahabat telah mengingkari dan mengkhianati Ali arahan Nabi lalu memilih Abu Bakar sebagai pengganti.

4. Merendah-rendahkan kedudukan Nabi sebagai Rasul.

Pada pandangan mereka, wajib bagi Nabi s.a.w. mempunyai sifat taqiyyah (berolok-olok demi melepaskan diri sebagaimana sifat munafik dengan perbuatan atau lisan) kerana takut apabila menerima ancaman dan ugutan dalam melakukan dakwah. Bahkan harus bagi Nabi nyatakan kekufuran demi menjaga nyawa baginda.

Mereka menyamakan kedudukan Nabi s.a.w. dengan Ali bin Abi Thalib. Bahawa Nabi s.a.w. bersama-sama dengan Ali ketika peristiwa Isra’ Mi’raj dan masing-masing menerima wahyu. Cume bezanya adalah Nabi s.a.w. secara musyahadah (bersaksi dengan mata kepala akan Dzat Allah yang Maha Agung) adapun Ali mendengar Kalamullah al-Qadim sahaja.[11]  

5. Mengingkari dan menyalahi daripada Ijma’

Antaranya adalah mereka mengharuskan Nikah Mut’ah[12] yang menyalahi dengan Ijma’ (Imam Malik, Hanbali, Syafie, Hanafi dan semua Imam-imam Muslim kecuali Syiah).
Sedangkan Ibn ‘Abbas pernah menyatakan dalam khutbahnya yang diriwayatkan oleh Sa’ied bin Jabir bahawa : “Sesungguhnya Nikah Mut’ah itu seumpama bangkai, darah dan daging babi (yang haram dimakan)”.

Ianya umpama memperdagangkan wanita-wanita dengan beberapa perjanjian berbentuk kontrak dan sedikit bayaran demi memuaskan nafsu. Boleh dijual beli tanpa harga diri sedangkan Islam mengambil berat tentang keturunan dan maruah.[13]

7. Pendirian Syiah terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah

”Syiah Isna 'Asyar berpendapat, sesiapa sahaja yang tidak beriman kepada 12 imam mereka maka diharamkan baginya Syurga dan wajib masuk Neraka. Bagi mereka, Al-Quran dan Sunnah telah diubahsuai maka harus untuk menyalahi dan menyanggahinya.

Al-Khomeini dalam kitabnya : “Bahawa boleh jadi nas-nas daripada Ahli Sunnah wal Jamah terbahagi kepada dua : Selari dengan Al-Quran dan Sunnah, bersalahan kesemuanya”.[14]

Sebab itulah mereka tidak berpegang dengan Sunnah Nabi dan fatwa Imam-imam Mujtahid seperti Imam Malik, Hanbali, Syafie dan Hanafi bahkan mereka menyarankan untuk mengingkarinya. Apabila bergaul dengan pengikut Ahli sunnah wal Jamaah mereka anggap samalah bergaul dengan Yahudi dan Kristian yang wajib untuk diperbalahinya.

8. Melampau mereka terhadap memuja Fatimah al-Zahra’

Dalam kitab-kitab Syiah menyebutkan bahawa Fatimah al-Zahra’ juga menerima wahyu daripada Allah taala seusai ayahnya (Rasulullah s.a.w.) menerima wahyu. Al-Khomeini menambah dalam kenyataannya bahawa Fatimah al-Zahra’ diangkat kedudukannya sehingga sebaris bersama Nabi-nabi a.s.

Kenyataannya ketika menghuraikanUsul al-Kafi : “Setelah wafat Rasulullah 75 hari, telah datang Jibril menemui Fatimah dengan mengucapkan takziah dan memberitahu perkara-perkara yang akan berlaku nanti (sebagaimana wahyu yang diterima oleh Rasulullah)”.

Al-Khomeini mendakawa bahawa keberjayaannya dalam Revolusi Iran adalah sebahagian daripada apa yang diberitakan Jibril kepada Fatimah. 

Dia berkata lagi : “Turunnya Jibril kepada kepada seseorang bukanlah perkara yang remeh temeh melainkan terhadap mereka yang benar-benar agung, ini boleh dinisbahkan tingkatan yang pertama (paling agung) sebagaimana turunnya Jibril kepada Isa, Musa, Ibrahim dan seumpama mereka para Nabi dan Rasul”.[15]


Bersambung pada Bab Kedua (Pendirian-pendirian Pelik Khomeini)….


Wallahu a'lam.



Diterjemahkan oleh :

Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM



[1] Ayatullah Khomeini lahir di Khomein pada 24 oktober 1902. Khomein, merupakan dusun yang berada di Iran tengah. Keluarga Khomeini adalah keluarga Sayyid Musawi, keturunan Nabi melalui jalur Imam ketujuh Syi’ah, Imam Musa Al-Kazhim.
[2] Kitab Hayatil Qulub oleh Imam Muhammad al-Baqir al-Majlisi  : juzu’ 3 m/s 10
[3] Kitab Usul al-Kafi oleh Imam Muhammad bin Yaakub al-Kulaini : m/s 287
[4] Kitab al-Hukumah Islamiyyah oleh Ayatullah Khomeini : m/s 52
[5] Usul al-Kafi : m/s 239
[6] Kitab Mir’aatul Qulub oleh Muhammad al-Baqir al-Majlisi : m/s 253
[7] Mutawatir ialah Hadith Nabi yang diriwayatkan oleh ramai sahabat yang tidak mungkin bersepakat para sahabat untuk menipu dan memalsukannya.
[8] Kitab Aslu al-Syiah wa Usuliha oleh Syeikh Muhammad Husain Ali Kasyif al-Ghita’ : 
m/s 79
Beliau juga daripada Syiah Isna ‘Asyar namun beliau banyak menyingkapkan pelbagai kerosakan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Syiah Isna ‘Asyar.
[9] Kitab Kasyful Asrar karangan Ayatullah al-Khomeini : m/s 112
[10] Kasyful Asrar : m/s 107-108
[11] Kitab al-Syiah baina al-I’tidal wal Ghuluw oleh Dr. Anuar Hamid Isa : m/s 90
[12] Nikah Mut’ah adalah nikah untuk melepaskan keinginan nafsu dan bersedap-sedap. Hukum ini telah dinasakh dan Ijma’ mengharamkan pada zaman sekarang. Jika dilakukan juga ianya menjadi zina.
[13] Al-Syiah baina al-I’tidal wal Ghuluw : m/s 163
[14] Kitab al-Ta’adil wa al-Tarjih oleh Ayatullah al-Khomeini : m/s 82
[15] Pada hari Ahad bersamaan 2/3/1986 ketika sambutan kelahiran Sayyidah Fatimah al-Zahra


**copy paste dari manhal PMRAM***

Friday, February 17, 2012

BISIKAN HATI

Yaa……Rabbi……..

Aku berdoa untuk seorang ikhwan yang akan menjadi sebahagian dari hidupku
Seseorang yang sangat mencintaiMu lebih dari segala sesuatu
Seorang yang akan meletakkanku pada hatinya setelah Engkau dan Muhammad shallahu’alaihi wasalam

Seseorang yang hidup bukan untuk dirinya sendiri, tapi juga untuk-Mu dan orang lain
Wajah, fizik, status atau harta tidaklah penting
Yang terpenting adalah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
Dan berusaha menjadikan sifat-sifat baikMu ada pada pribadinya
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup
Sehingga hidupnya tidak sia-sia
Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seseorang yang tidak hanya mencintaiku, tapi juga menghormatiku

Seorang yang tidak hanya memujaku, tetapi juga dapat menasihatiku
Seseorang yang mencintaiku bukan karena fizikku, hartaku atau statusku tapi karena Engkau
Seorang yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seseorang yang membuatku merasa sebagai wanita shalehah ketika aku
berada di sisinya
Seseorang yang menjadi asistan sang nahkoda kapal
Seseorang yang menjadi penuntun di kala kealpaan
Seseorang yang sabar mengingatkan saat diriku lancang

Ya..Rabb……

Aku tak meminta seseorang yang sempurna
Hingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu

Seseorang yang membutuhkan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang yang membutuhkan doaku untuk kehidupannya
Seseorang yang membutuhkan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang membutuhkan diriku untuk membuat hidupnya lebih hidup

Aku tidak mengharap orang yang semulia abu Bakar Radhiyallahu,
Atau setaqwa umar Radhiyallahu, pun setabah Ustman Radhiyallahu,
Ataupun sekaya Abdurrahman bin auf Radhiyallahu, setegar zaid Radhiyallahu
Juga segagah Ali Radhiyallahu, apalagi setampan Usamah Radhiyallahu.

Aku hanya mengharap seorang ikhwan akhir zaman,
Yang punya cita-cita mengikuti jejak mereka,
Membangun keturunan yang sholeh,
Membangun peradaban,
dan membuat Rasulullah shallahu’alaihiwasalam bangga di akhirat

Karena aku sadar aku bukanlah semulia Fatimah Radhiyallahuanha, tidak setaqwa Aisyah Radhiyallahuanha ,Pun tidak secantik Zainab Radhiyallahuanha, apalagi sekaya Khodijah Radhiyallahuanha.
Aku hanyalah seorang wanita akhir zaman
yang punya cita - cinta

Ya…..Rabb …….
Aku juga meminta, Jadikanlah ia sandaran bagiku
Buatlah aku menjadi akhwat yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sepenuh jiwaku

Berikanlah sifat yang lembut, sehingga auraku datang dariMu
Berikanlah aku tangan sehingga aku mampu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak kebaikan dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana,
Mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat
kukuhnya  benteng tidak mampu dibangun dalam semalam, namun akan hancur dalam sedetik

Kota Baghdad tak dibangun dalam sehari, namun akan hancur dalam sekejap
Dan bilamana akhirnya kami berdua bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:
” Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”.

Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segalanya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan,,

BUAT CALON SUAMIKU

Wahai Adam Yang Akan Bertahta Di Hatiku Sebagai Calon Imamku بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Yaa Rabbi... Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara, tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian. Jadikanlah kami orang yg .. Selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq, Sebijaksana Umar bin Khattab, Sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib, Sesederhana Bilal dan setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum.. Amiin ya Rabbal'Alamin. Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku. Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, aku pasti akan mengecewakanmu.. Jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri, aku pasti akan mengecewakanmu.. Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti akan mengecewakanmu.. Jika engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, aku pasti akan mengecewakanmu.. Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku. Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu.. Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai isteri jika tidur lena mu ku ganggu untuk kita bersama-sama munajat padaNya.. Adakah engkau sanggup jika aku tidak sudi engkau menjadi imamku untuk solat subuhku kerana ku ingin dirimu solat subuh berjemaah di masjid.. Adakah engkau sanggup jika selepas pulangnya engkau dari solat berjemaah aku tidak merelakan engkau tidur semula..malahan aku ingin engkau menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku & dirimu.. Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama ku.. Adakah engkau sanggup jika selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi dengan tugasku di luar.. Adakah engkau sanggup jika ketika engkau di rumah,aku sering meminta izin untuk keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku.. Adakah engkau sanggup jika setiap isnin & khamis kau menemaniku berpuasa sunat.. Adakah engkau sanggup jika bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita.. Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu & membawamu lebih mendekatiNya.. Adakah engkau sanggup jika akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu.. Adakah engkau sanggup jika tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana ia mungkin akan mengganggumu.. Adakah engkau sanggup jika hujung minggu kita dipenuhi dengan menziarahi orang tua kita.. Adakah engkau sanggup jika aku meminta dirimu menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur.. Adakah engkau sanggup jika aku tidak merelakan engkau memberi pelbagai kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu.. Adakah engkau sanggup jika tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika kita berjalan bersama.. Adakah engkau sanggup jika keluar berjalan denganku yang bertudung labuh,berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hambaNya yang lain.. Adakah engkau sanggup jika masakanku tidak sesedap yang kau harapkan.. Adakah engkau sanggup jika layananku kekok padamu.. Adakah engkau sanggup jika ujian Allah itu datang dan ku pinta engkau menyunting bunga yang lain untuk dirimu.. Adakah engkau sanggup jika segala ini benar-benar berlaku??? Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku. Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…tapi lain dari persepsiku… Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara aku dan dirimu… Tapi aku ingin kau juga mengetahui & mengerti bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurgaNya.. Pernikahan jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid mujahidah yang soleh solehah.. Sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk membahagiakanmu kerana walau apa yang berlaku, Kau tetap suamiku tika itu.. Namun telah ku nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang ku perjuangkan kini… Aku memberitahu segala ini terlebih awal kerana aku tidak ingin engkau menyesali jika perkara ini akan terjadi.. Kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau mencari yang terbaik untuk dirimu.. Kerana cukuplah Allah bagiku.. mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan .. Tapi sedarlah wahai bakal suamiku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik.. Dalam rumah tangga kita pasti ada senda guraunya.. Cuma aku mungkin akan lebih sibuk dengan gerak kerja ku di jalan-Nya.. Kerana telah ku pilih jalan-Nya..hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya dan.. Ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di jalan-Nya..terimalah diriku seadanya Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh di dunia, Kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya.. Tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia.. Cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah.. Kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya.. Jika tiada jodoh kita di dunia... semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah.. Aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan aku mencintaimu kerana Dia~ Sekian warkah khas untukmu wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.