? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?






"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. 

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

* Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.

Tuesday, February 28, 2012


Nasihat al-Mursyied Saied Hawwa 
terhadap pengaruh Khomeinisma

Ibn Umar pernah menyebut tentang keadaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. :“Sesungguhnya kami telah hidup dalam satu jangka masa yang kami telah membawa keimanan dalam diri sebelum Al-Quran (sebelum al-Quran memperincikan secara menyeluruh tentang manhaj / sistem kehidupan)”.

"Perkara mula-mula disebut dalam surah al-Fatihah adalah berkenaan Aqidah, kemudian berkenaan Ibadah dan yang ketiga tentang manhaj (sistem) hidup. Apa yang kita cuba ketengahkan disini adalah tentang kelompok Aqidah yang sahih dan benar disisi Allah itu adalah acuan utama Islam kepada umatnya, berpegang dengannya, tindakannya, pendiriannya dan barulah kepada seluruh sistem hidupnya.

Dalam satu hadith daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. telah brsabda : “Akan berpecah umatku kepada 73 kelompok, semuanya akan ke neraka melainkan satu kelompok, Lalu para sahabat bertanya : Siapakah mereka Ya Rasulullah ? Nabi menjawab : Apa yang aku dan para sahabatku berada diatasnya (islam yang tulen)”. (Riwayat Sunan Tarmizi)

Akan tetapi al-Khomeini berbeza dengan kita. Aqidahnya bukan aqidah kita, ibadahnya bukan ibadah kita, sistem hidupnya bukan sistem hidup kita. Ini adalah kerana pendirian asal mereka adalah untuk menyalahi dan berselisih dengan kita (ASWJ).

Aku memohon bersungguh-sungguh kepada golongan intelektual agar membuka mata kalian semua supaya dapat melihat keburukan rancangan al-Khomeini. Aku juga memohon bersungguh-sungguh agar para ilmuan boleh menggunakan mata pena dan lidah mereka untuk mencegah pengaruhnya. 

Ini kerana “wabak taun” yang dibawa oleh al-Khomeini telah mula meresap masuk ke dalam negara-negara Islam yang lain (Malaysia juga tidak terlepas).

Umat Islam mestilah bersama membuka kembali tanah Iran dengan Aqidah yang tulen, bukan sebagaimana tindakan Syiah yang mereka-reka acuan Aqidah sendiri. Kita juga wajib untuk menghentikan penindasan dan pelbagai ugutan yang dilakukan mereka keatas umat ini.

Setiap “slogan transformasi” oleh al-Khomeini dan sekutunya merupaka pegkhianatan terhadap Allah, Rasul-Nya dan sekalian orang mukmin. Adakah kita semua masih buta untuk melihat dengan kedua mata kita dan masih pekak untuk mendengar terhadap apa yang telah berlaku disebalik sorotan sejarah yang lepas dan peristiwa yang berlaku sekarang?

Sesungguhnya mereka itu sesat lagi menyesatkan kaum muslimin. Mereka tidak sesekali akan dimaafkan terhadap konflik dan persengketaan yang telah diadaptasikan oleh mereka sendiri.

Daripada Abu Hurairah , Nabi s.a.w. melalui hadith qudsi pernah bersabda : “Allah berfirman : Sesiapa yang memusuhi wali-waliKu (sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan penolong-penolong agama Allah), maka Aku isytiharkan perang terhadapnya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah taala :  “Janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang akan menyebabkan kamu disentuh oleh api neraka, sedangkan kamu tidak mempunyai seorang penolong pun melainkan Allah, sehinggalah kamu tidak akan diberikan pertolongan”.(Surah Hud : 113)

Telah jelas bahawa al-Khomeini dan pengikutnya telah memerangi dan berlaku zalim kepada para sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan sekalian Sunni. Mereka dengan sewenang-wenang mencemuh dan mencerca bahkan sehingga mengkafirkan sahabat-sahabat agung dalam kacamata Islam. Mereka telah menghalalkan darah-darah umat Islam lain dan harta mereka adalah halal untuk dirampas. 

Adakah tidak kita lihat bahawa di Iran, 1/3 daripadanya adalah kelompok Sunni namun tidak di berikan pengiktirafan kepada mereka untuk mendapatkan hak. Masjid tidak dibina, bantuan ekonomi tidak disalur, pemimpin tidak dilantik melainkan hanya beberapa orang sahaja yang mewakili suara rakyat Sunni di Iran dalam dewan Parlimen, namun dikunci mulut dan dirantai tengkuk-tengkuk mereka.

Adakah kita juga tidak melihat apa yang telah dilakukan kepada Sunni di Lebanon, samada Sunni Lebanon ataupun rakyat Palestin yang berteduh mendapatkan perlindungan disana. 

Adakah kita tidak merenung kejadian yang berlaku di Syria dahulu, al-Khomeini juga telah memberikan bantuan kepada kerajaan Syria yang dipimpin Hafiz al-Assad (yang diteruskan sekarang oleh anaknya Basya al-Assad) yang membunuh umat Islam kerana kepentingan politik dan pegangan Syiahnya.

Adakah itu semua memadai untuk menyedarkan kita? Ataupun kita akan memaafkan mereka atas tipu daya dan helah jahat yang telah dilakukan mereka?

Aku menegaskan, mereka itu adalah musuh kepada Islam, musuh kepada umat Islam, musuh kepada rakyat-rakyat mereka, musuh kepada tanahair mereka.

“..Ya Allah !!! Sesungguhnya aku memohon kelepasan daripada-Mu terhad al-Khomeini dan pengiku-pengikutnya, aku mohon kelepasan daripada penguasaannya, sekutu-sekutunya dan daripada menjadi sekutunya.. Ya Allah !!! Perkenankanlah doa kami ..” 


Wassalam.. 


Diterjemahkan oleh :

Muhammad Zuhairi bin zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM



BAB KEDUA : Pendirian-pendirian Pelik Syiah yang di Asaskan oleh al-Khomeini

Pelbagai cerita dan kisah yang menunjukkan Syiah bersekongkol dengan pengkhianat-pengkhianat agama sehingga sanggup bergabung tenaga dengan golongan kafir semata-mata menjayakan misinya, lebih-lebih lagi mencetuskan pertembungan yang hebat dengan kelompok Ahli Sunnah wal Jamah.

 Antara mereka yang tidak akan dilupakan dalam memori umat Islam adalah Nasiruddin al-Tusi yang pernah menolong Hulagu Khan demi menggulingkan khalifah Abbasiah kerana semata-mata bermusuhan dengan kelompok Ahli Sunnah wal Jamah.[1]
 
Begitu juga Muhammad Ibn ‘Alqami yang telah mengkhianati khalifah Abbasiah ketika itu demi menolong Tatar menjatuhkan pemerintahan Abbasiah[2]. Kedua-dua mereka adalah merupakan menteri kepada al-Mu’tasim Billah. 

Setelah Monggol berkuasa menjatuhkan kerajaan Abbasiah, mereka berdua dilantik sebagai Gabenor sebagai penghormatan dan imbalan ketika zaman pemerintahan Monggol.

Namun al-Khomeini dalam kitabnya ada menyebutkan dengan mengagung-agungkan pengkhianat kepada umat Islam : “Sekian orang akan merasa kerugian atas kehilangan al-Khawwajah Nasiruddin al-Tusi dan selainnya, dari mereka yang telah menyumbangkan khidmat yang agung buat Islam”.[3]

Sultan Abdul Hamid[4] dalam peringatannya : “Sesungguhnya permusuhan antara kerajaan Safavid (Syiah) dan Uthmaniah (Sunni) bukanlah untuk kepentingan umat Islam tetapi merupakan keperluan kepada kufur dan kaumnya.”

Kita sebenarnya tidak menginginkan persengketaan antara Syiah dan Sunni, akan tetapi al-Khomeini telah mencetuskan kembali konflik tersebut bahkan menjadikannya sebagai satu kewajipan kepadanya sehingga mengundang kerugian kepada umat Islam seluruhnya.

Begitulah kanvas sejarah telah memprtontonkan kepada kita pengkhianatan Syiah Safavid yang bekerjasama dengan Belanda menentang kerajaan Islam Uthmaniah. Bahkan sebelum itu mereka telah berperanan menatuhkan kerajaan Abbasiah lalu berterusan ke zaman Salahuddin al-Ayyubi bersama kerajaan Syiah Fatimiah.

Seterusnya membawa kepada jangka masa yang panjang dan diteruskan lagi oleh al-Khomeini sekarang.
Antara pendirian pelik dan konflik yang telah dilakukan oleh al-Khomeini / Khomeinisma :

1. Semangat ingin menguasai Dunia Islam dan berusaha ingin menyebarkan fahamannya

Apa yang berlaku di Turki, Lubnan dan Syiria, begitu juga proses Revolusi Iran, peperangan di Iraq,  merupakan langkah awal bagi al-Khomeini untuk mengusai dunia Islam dan menyebarkan fahamannya. Mereka mula membenihkan pelbagai propaganda dan memaksa Sunni untuk bersama memeluk Syiah.

Mereka telah mewujudkan Gerakan Amal Syiah[5] dan Gerakan Hizbullah[6]merupaka gerakan bersenjata Syiah yang kononnya diasaskan di Lebanon untuk membantu rakyat Palestin yang ditawan dengan mendapatkan bantuan daripada Syria. Namun tujuan sulit sebenar mereka adalah untuk mengadakan proses penjernihan daripada rakyat Sunni secara sulit di Beirut melalui cara ketenteraan[7]. 

Mereka juga mendapatkan bantuan daripada kerajaan Syiah Syria  untuk penyingkiran kelompok Sunni di Tripoli (Lebanon Utara). Dalam masa yang sama, bantuan ketenteraan melalui Gerakan Amal Syiah dan Hizbullah disalurkan kepada Israel untuk membasmi Sunni dibumi Palestin.

Dendam mereka kepada Sunni yang membuak menggalakkan kerajaan Syiah Syria juga berusaha sedaya upaya membantu penyingkiran Kerajaan Turki dengan menolong parti-parti berhaluan kiri dan Armenia. Mereka masuk meresap kedalam pelbagai pertubuhan dan kumpulan-kumpulan yang melampau sebagai propaganda menimbulkan provokasi kepada kerajaan Uthmaniah.

Syiah juga melalui perancangannya untuk menghapuskan kelompok Sunni di Sind, salah satu wilayah di Pakistan, dengan menyertai parti-parti disana dan mewujudkan gelombang penentangan terhadap Sunni agar mereka dapat kekal dan berpengaruh di Paskistan.

Catatan paling hitam penah berlaku apabila tercetusnya peperangan Syiah Iran dan Sunni Iraq sehingga Iran mengugut dan mengancam bagi mendapatkan teluk-teluk yang bersempadanan.[8] Ianya meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada umat Islam terhadap peang saudara yang berlaku itu.

Itulah revolusi yang telah dilakukan oleh puak Syiah demi meluaskan pemerintahan mereka dan menguasai seluruh semenanjung Tanah Arab dan Dunia Islam.

2. Strategi pakatan yang jahat (Tahaluf)

Demi melunaskan hasrat, al-Khomeini telah merancang beberapa strategi dengan bekomplot demi mencapai keinginannya untuk memerintah Negara-negara Islam yang lain. Disana dalam sejarah telah tercatat bahawa al-Khomeini melalui kerajaan Republik Iran melakukan banyak pakatan.

Pasti kita akan dapati mereka pernah mewujudkan kerjasama dan pakatan yang aneh secara sulit antara Iran dan beberapa negara serta pemerintahan besar dunia. Antaranya dengan Syiah Nusairiah Syiria, Israel, Soviet Union dan Barat (Amerika).[9]

Apa yang kita dapati, terdapatnya delegasi daripada Soviet Union yang datang ke Iran, begitu juga delagasi Iran sentiasa mengunjungi Soviet Union.

Semua ini adalah bukti daripada keinginan dan hasrat al-Khomeini demi mendapatkan seluruh Dunia Islam dalam menyebarkan fahamannya dan mengusai dunia umat Islam dengan pelbagai cara dan bermacam-macam pakatan rahsia. Ianya benar-benar bertentangan dengan slogan dan dakwaannya ketika mula-mula mencetuskan era Revolusi Iran dahulu.

3.  Kemajuan umat Islam dan kekayaan mereka dirampas

Kekayaan umat Islam terbuang semata-mata untuk menghadapi gejala ini. Al-Khomeini mempergunakan hasil bumi negara dan menguasai ekonomi rakyat untuk melunaskan kehendaknya yang ingin berkuasa. 
 
Dia sanggup mencagarkan pelbagai janji demi meminta pertolongan daripada kerajaan-kerajaan besar dunia ketika itu (Russia) dalam tempoh dan jangka masa yang panjang sehinggalah berkahirnya peperangan.[10] 

Peperangan tersebut tidak ada keuntungan langsung kepada kebangkitan Islam melainkan memberi pengaruh dan keluasan kepada kuasa-kuasa besar ketika itu untuk menebus balik apa yang dipinjamkannya dengan beberapa siri perkomplotan dan kerjasama.

Bahkan kebangkitan umat Islam juga mengalami kerugian akibat penglibatan Syiah dalam gelanggang kebangkitan umat Islam pasca moden.

4. Melembapkan kebangkitan Islam

Sebelum kedatangan al-Khomeini, dunia Islam ketika itu sedang membina tenaga dan posisi masing-masing disetiap penjuru-penjuru dunia umat Islam demi kebangkitan Islam.

Namun, apabila munculnya al-Khomeini, dia telah membawa satu gambaran buruk kepada sebuah bentuk pelaksanaan sistem Republik Iran teokratis. Ini telah melembabkan kebangkitan umat Islam apabila dalam dustur (perlembagaan) yang dipindanya banyak membawa kepada ketidakseimbangan politik umat Islam ketika itu. 

Penglibatan Syiah dipersada gelanggang kebangkitan umat Islam pasca moden ini tidak menunjukkan sesuatu perubahan positif melainkan umat Islam dimusibahkan dengan pelbagai kerugian. Yang untung hanyalah Syiah semata-mata.

Ketika mana ada tangan-tangan mujaddid dan reformasi yang ingin mengembalikan kedaulatan Islam, lalu disekatnya dan dibantutkan perancangan tersebut dengan pelbagai cara dan helah.

Antara strategi dan perancangannya sejak awal lagi adalah dengan meletakkan mazhab Syiah sebagai tunjang dan akta dalam perlembagaan negaranya. Minoriti daripada pihak Sunni disana dinafikan hak-hak mereka. 

Sebagaimana yang diketahui, tidak ada walaupun satu daripada masjid kepada penduduk Sunni. Begitulah sepanjang tempoh pemerintahannya, dia menyempitkan pengamalan bagi puak-puak yang tidak sealiran dengan mazhab mereka dengan pelbagai kongkongan tanpa diberikan peluang.
Dalam pentadbirannya, kesemua kanak-kanak telah dikerah dan dipaksa untuk direkrut sebagai tentera sebelum mencapai usia dewasa. Kehidupan remaja mereka dikekang dengan pelbagai latihan-latihan ketenteraan.

Al-Khomeini sentiasa menghadang telinga dan menutupnya daripada mendengar rintihan suara-suara yang menginginkan hak mereka yang diabaikan didengari. Apa yang kita dapati sekarang bahawasanya dunia sedang mencemuhnya dengan pelbagai cacian dan penghinaan akibat daripada kekerasaan sistem perundangan yang dipeloporinya.

5.Pura-pura (Taqiyyah) dan Persenjataan.

Kebanyakan daripada puak Syiah, mereka telah memanipulasi konsep taqiyyah (berpura-pura) melebihi daripada apa yang diharuskan dalam syariat Islam. Apa yang kita dapati selepas Revolusi Iran, al-Khomeini mengharuskan penipuan dan kepua-puraan dalam apa jua keadaan sehingga menjangkau kepada penglibatan senjata api.

Apa yang berlaku, pemerintahan puak al-Nasiriah di Syria, Gerakan Amal Syiah, Gerakan Hizbullah, kerajaan Iran menggunakan konsep taqiyyahtersebut untuk mengadakan kerjasama dan kesepakatan bersama Israeil secara  rahsia untuk mendapatkan bekalan persenjataan. Itulah yang berlaku sekarang.
Mereka sentiasa ber taqyyiah dalam slogan memerangi golongan-golongan anti Islam dan isme-isme berhaluan kiri namun apa yang berlaku adalah sebagai mengaburi mata umat Islam semata. Sedangkan mereka bersembunyi dengan penipuan tersebut utk menjaga modus operandi utama mereka menawan seluruh dunia Islam. 

Kita boleh lihat apa yang telah dan sedang berlaku di Syria, Turki, Pakistan, Afghanistan dan lain-lain negara umat Islam. Mereka meresap masuk secara sulit dalam parti-parti dan kumpulan-kumpulan NGO disana. Mereka menjalankan beberapa perancangan dan strategi secara halus bagi menguasai kelompok-kelompok tersebut untuk mencapai kehendak mereka. 


Nasihat Saied Hawwa kepada pemuda-pemudi Islam

"Seharusnya umat Islam menyedari penipuan-penipuan yang telah dilakukan. Apa yang dirancang oleh al-Khomeini merupakan pengkhianatan besar-besaran keatas umat Islam. Kegilaan ingin menguasai dalam dirinya merupakan jenayah besar kepada Islam. Berhati-hatilah umat Islam daripada disengat dalam satu lubang dua kali.

Begitulah sebagaimana dinyatakan, beberapa pegangan dan pendirian pelik Syiah yang dipelopori oleh al-Khomeini yang akan mengancam kebangkitan semula umat Islam. Kerinduan umat islam kepada Khilafah Islamiah akan terkubur seandainya ada dikalangan Ahli Sunnah wal Jamah yang menyokong baik tindakan-tindakan pelik al-Khomeini tersebut dan menyanka bahawa Iran itu adalah sebuah Daulah Islam yang sebenar.

Jangan terpedaya dengan helah al-Khomeini. Apa yang didakwanya bahawa Iran adalah sebuah “Komuniti yang Hak, Komuniti yang Merdeka, Komuniti yang Kuat”, sedangkan slogan sebuah Gerakan Islam sebenar adalah berdasarkan aqidah yang sahih (Ahli Sunnah wal Jamah).

Wahai para pemuda, idamlah kamu semua akan sebuah Daulah Islam yang Hak, jangan ditipu oleh al-Khomeini yang mengispirasikan Daulah Islam yang Batil yang akan membawa umat Islam terkebelakang.
Cukuplah sekadar al-Khomeini yang melakukan kebiadaban dengan jalinan persepakatan dan saling tolong menolong bersama Israel. Dia selama-lamanya tidak akan keluar daripada Iran melainkan setelah melakukan elbagai kekacauan, kerosakan dan wala’(tunduk) kepada musuh-musuh Allah."

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : “Bahawasanya Dajjal akan keluar daripada Khurasan, bersamanya 70 ribu daripada kota Yahudi Isfahan (Khurasan)”.[11]


Bersambung pada Bab Penutup… (nasihat Saied Hawwa supaya berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah al Jamaah)


Wallahu a'lam 


Diterjemahkan oleh :
Muhammad Zuhairi bin zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM



[1] Peperangan tersebut berlaku selama 40 hari sehinggalah pada tanggal 10 Februari 1259. Setelah itu, Baghdad dikuasai sepenuhnya secara rasmi oleh Monggol.
[2] Imam ibn Kathir menyatakan bahawa 800 000 atau 1 00 000 umat Islam terbunuh. 
[3] Kitab al-Hukumah al-Islamiah oleh Ayatullah al-Khomeini : m/s 128
[4] Sultan Abdul Hamid adalah sultan ke-34 bagi kerajaan Khilafah Uthmaniah. Beliau merupakan sultan terakhir yang memerintah dengan kuasa mutlak dalam khilafah Uthmaniah sebelum jatuhnya pada tahun 1924 M.
[5] Gerakan Amal Syiah diasaskan di Lebanon oleh Musa al-Sadr pada tahun 1975 M disebabkan konflik bersenjata. Beliau berpegang dengan mazhab Syiah Ja’fariah.
[6] Gerkan Hizbullah adalah sebuah Parti Politik di Lebanon beroreantasikan persenjataan. Diasaskan pada 1982 M oleh Hassan Nasrallah melalui inspirasi Revolusi Iran 1979 M.
[7] Peristiwa ini berlaku di Lebanon pada 1982 M. Pengusiran besar-besaran Sunni disana melalui persepakatan antara Syiah Isna ‘Asyar, Syiah Nasiriah, Druze,  dan Israel dengan memerangi Organisasi Pembebasan Palestin.
[8] Peperangan ini dikenali dengan Perang Teluk Pertama. Ianya berlaku pada tahun 1980-1988
[9] Akhbar al-Ra’y al-Am bertarikh 24 April 1988 melaporkan penjualan senjata Israel kepada Iran di sepanjang tahun 1980-1987 dan melaporkan daripada Perdana Menteri Israel, Syamir sendiri tentang bantuannya kepada Iran. Katanya: "Menjadi kewajipan kepada Israel menjaga hubungannya dengan kepimpinan ketenteraan Iran. Sesungguhnya peperangan yang berterusan melemahkan Iraq, musuh tradisi Israel. Peperangan itu menyebabkan lebih banyak lagi pembahagian negara-negara Arab".
[10] Perang Teluk Pertama (Iran-Iraq) pada tahun 1980-1988 M
[11] Hadis Sahih riwayat Imam Tarmizi. Ulama’ bersepakat bahawa Isfahan itu adalah Khurasan yang merupakan kota ketiga terbesar di Iran.