Thursday, June 26, 2014
Saturday, February 22, 2014
ukhwah
Darihal Usrah Hassan al-Banna. Sesungguhnya Islam memandang sangat mustahak untuk membentuk ikatan-ikatan perpaduan untuk penganut-penganutnya. Ikatan-ikatan ini dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” Dengan terbentuknya apa yang dinamakan “Usrah” atau “Keluarga” seperti itu akan dapatlah dipimpin penganut-penganut Islam tadi ke arah contoh-contoh pujaan yang tinggi, dan dapatlah pula diperkuatkan ikatan-ikatan yang ada pada mereka, bahkan akan dapatlah dipertinggikan mutu “Ukhuwah” atau “Persaudaraan” di antara sesama mereka sendiri; iaitu dengan jalan membawa contoh-contoh pujaan dan persaudaraan itu dan peringkat bualan dan pandangan teori kepada peringkat perbuatan dan amalan. Oleh itu, saudara sendiri juga hendaklah turut memandang berat serta bersedia untuk menjadi batu-bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia ini; iaitu “Usrah Islamiah” atau “Keluarga Islam”.
Rukun ikatan “Usrah” ini terdapat tiga perkara yang mana hendaklah saudara memelihara serta mengambil berat untuk bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan “usrah” tersebut tidaklah semata-mata menjadi suatu beban yang tidak mempunyai sebarang erti. Tiga rukun tersebut ialah:
(1) Berkenalan; (2) Bersefahaman; dan (3) Berseimbangan.
Erti Berkenalan: “Berkenalan” di antara satu sama lain ialah rukun yang pertama bagi pengertian “Usrah”; Oleh itu “ta’aruf” saudara-saudara hendaklah berkenal kenalan serta berkasih sayang dengan semangat cinta kepada Agama Allah, dan hendaklah saudara-saudara menyedari serta memahami pengertian hakikat “ukhuwah” (persaudaraan) sejati di antara sesama saudara saudara sendiri. Saudara-saudara hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya jangan ada apa pun juga yang boleh mengerohkan perhubungan “ukhuwah” itu. Ini boleh saudara-saudara lakukan dengan jalan sentiasa menjunjung titah perintah firman-firman Allah dan hadith-hadith Rasul, bahkan dengan jalan menjadikan firman-firman dan hadith-hadith itu perkara perkara yang wajib diutamakan ke atas perkara-perkara yang lainnya.
Bersefahaman: Rukun yang kedua bagi “Peraturan”, atau susunan “Usrah”, ini ialah “Ta-faahum” atau “Bersefahaman”: oleh itu, saudara-saudara hendaklah selama-lamanya berpegang dengan “Kebenaran”; iaitu dengan jalan mengerjakan apa-apa yang diperintah Allah dan menghentikantikan apa-apa yang dilarangnya dan saudara-saudara juga hendaklah memeriksa diri sendiri dengan sehalus-halusnya samada saudara saudara benar taat kepada perintah Allah atau pun terlibat ke dalam arena kederhakaan. Setelah memeriksa diri sendiri, saudara-saudara hendaklah pula nasihat menasihati di antara satu sama lain apabila kelihatan sesuatu “cacat”.
Dalam soal nasihat menasihati ini hendaklah saudara yang diberi nasihat itu bersedia serta sanggup menerima nasihat dan saudaranya tadi dengan sukacita dan gembira dan memberi terimakasih atas nasihatnya itu.
Saudara yang memberi nasihat itu pula janganlah berubah hati terhadap saudaranya yang “tersilap” tadi walau pun perubahan perasaan hati itu sejarak sehelai rambut sekalipun.
Nasihat-nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik dengan tidak memandang rendah terhadap saudara yang dinasihatinya itu. Orang yang memberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia bahkan ia hendaklah memberi nasihat dengan cara tidak melahirkan terang-terangan akan kesilapan saudaranya itu kira-kira selama sebulan dengan tidak pun menceritakan segala kecacatan yang telah pun diperhatinya pada “Ketuanya” (Ketua Usrah). Ia hendaklah menceritakan hal itu kepada “Ketua Usrah” jika ia rasa tidak berdaya memperbaikinya. Dalam apa hal sekalipun, iaitu janganlah sekali-kali merasai tawar hati terhadap saudaranya yang “silap” tadi malah hendaklah ia tetap memberi kasih sayang terus menerus kepadanya sehinggalah Allah melakukan apa-apa perubahan yang dikehendakinya.
Dalam semua hal seperti yang dibentangkan tadi, saudara yang diberikan nasihat pula janganlah menunjukkan kedegilan dan sikap keras kepalanya malah ia janganlah berubah hati walau jarak rambut sekali pun terhadap saudaranya yang memberi nasihat tadi; hendaklah difaham bahawa martabat “kasih sayang” kerana Allah itu adalah setinggi-tinggi martabat bagi pengertian “kasih sayang” di kalangan umat manusia, manakala “nasihat” itu pula adalah satusatunya dasar yang amat penting di dalam ugama Islam. Rasul bersabda- (ad dii-nun na-sii-hah) ertinya: (Agama itu adalah nasihat).
Oleh itu, perhatikanlah dalam-dalam, mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada kamu. Perhatikanlah dalam- dalam akan pengajaran yang mulia di dalam hadith Rasul tadi, mudah-mudahan Allah selamatkan saudara-saudara di antara sesama saudara-saudara sendiri, dan semoga Allah perkokohkan susunan saudara-saudara dengan berkat ta’at saudara-saudara kepadaNya; dan semoga Allah elakkan kita dan saudarasaudara semua danipada tipu-daya syaitan.
Berseimbangan: “Berseimbangan” atau (ta-kaa ful) ialah dasar memelihara nasib sesama sendiri supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar; oleh itu saudara-saudara hendaklah mengamalkan dasar “takaful” ini dengan cara yang bersungguh-sunggul untuk bersama-sama menolong memikul bebanan sesama sendiri. Dasar “Bersaimbangan” atau “takaful” ini merupakan tunjang iman dan inti-sari “ukhuwah” sejati. Untuk mengamalkan rukun “Bersaimbangan” ini, saudara- saudara hendaklah sentiasa bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarah, dan berganti ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong di antara satu sama lain sedaya upaya.
Perhatikan sabda Rasulullah SAW:
Ertinya: (Kalau seseorang dan kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baginya daripada ia ber ‘iktikaf sebulan di masjidku ini.)
Dalam suatu sabdanya yang lain, Rasul berkata yang ertinya: (Barang siapa memberi kesukaan kepada keluarga sesebuah rumah orang muslim nescaya tidak lain yang dibalas Allah melainkan dengan syurga).
Mudah-mudahan Allah padukan kita dengan pertolongannya sendiri; kerana Allah itulah sebaik-baik Pengawal dan sebaik-baik Pembantu.
Posted by sejernih kalam nurani at 3:10 PM 0 comments
lelah dalam ukhwah
Andai itu takdir yang telah Allah s.w.t ciptakan buat engkau mahupun aku…aku jua mengalah dan pasrah dalam menerimanya. Walaupun sukar kerna telah memberi hati ini secebis rasa kasih itu. Namun, masih lagi tersenyum dan mendoakan yang terbaik untukmu. Semoga mendapat apa yang engkau inginkan dalam kehidupan.
Memang diakui bahawa hidup ini xakan leka dan sunyi tanpa ujian dariMu, namun aku tahu sesungguhnya semua yang berlaku ini adalah ujian yang terbaik dariMu buatku agarku lebih memahami erti di sebalik kehidupan yang Engkau aturkan untukku.
Walaupun kerap kali diri kita ini digoyahkan dengan pelbagai ujian perasaan, ianya tidak lain hanyalah untuk melatih kesabaran dalam diri agar lebih mampu dalam mengharungi mehnah di masa yang mendatang tanpa membuatkan kita keruan dan lebih bertenang dalam melaluinya.
Mahupun andai aku ini keliru, tiada yang mampu ku ucapkan..tapi yang dapat kufahami dari semua ini bahawa setiap yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. Mungkin jua Allah s.w.t ini ingin menjaga diri ini dari sebarang dosa dan noda hatta sekecil mana pun ia.
Andai jua aku kekurangan dalam memberi ukhwah, bukan aku xingin..Cuma aku takut andainya sayangku itu bakal menyakitkan diriku kembali, kerna sayangku sebenar2 sayang kepada ukhwah itu. Tapi xsemua yang mampu dalam memahaminya, banyak penat dan lelah diperkatakan seolah-olah xpunya keikhlasan dalam menjalinkannya.
Hati ini hanya satu, yang mempunyai pelbagai rasa..tapi hati ini jua yang sering menangis dan terluka dek semua ini. Tiada yang mampu untuk aku luahkan lagi kerna aku sudah punya kekurangan di sebalik erti sekeping hati yang tersembunyi itu. Segala yang tersembunyi itu kian menyakitkan dan hampir jua merubah segalanya.
Kecewa sahaja sudah mampu membuatkan aku hilang dalam memberi sesuatu kepercayaan, dan aku jua hampir tewas dengan keadaan yang seolah-olah banyak memberi tekanan..namun sandaran itu pastinya hanya pada yang Satu, kerna Dialah yang memberi jua mengambilnya kembali.
Jika ditanya hati ini, aku sebenarnya cukup merasa rindu, rindu pada biah yang sentiasa gembira, tenang dan ukhwah..tapi hari-hari yang aku lalui sekarang tiada punya makna semua itu..hilang semuanya dek kerana perubahan dan jua tiada percaya.
Kehidupan hari-hari tanpa ada bicara dan sunyi tanpa kata, membuatkan aku resah dan termenung sendirian memikirkan di manakan penghujungnya kisah ini. Masih mampukah semua kembali menepikan keegoaan masing-masing dalam membina kembali yang telah hilang dan pergi itu.
sungguh aku rindu..mata ini tak mampu myelindungi segala perasaan hati..
p/s : Jauhkan dariku segala yang xelok di pandanganMu ya Allah...dan Engkau hilangkanlah segala resah di sudut hatiku ini..ameen
Posted by sejernih kalam nurani at 3:07 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)

