“Jadikanlah dirimu mawar yang menyeri dan menguntum di jalan dakwah dan biarkanlah mawar itu terpaksa dilukai oleh onak duri untuk merasai harumnya kasih Ilahi..”
Pertunangan adalah suatu komitmen yang BELUM PASTI. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu TIDAK dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil. - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.
Mungkin bagi sesetengah individu, banyak cabaran semasa bertunang. Setengah yang lain biasa-biasa sahaja. Semuanya sesuai dengan apa yang Allah beri. Usah difikir banyak, tidak perlu melayan perasaan semasa bertunang. Fokuskan kepada kehidupan yang sedang dijalani sekarang. Berhubung, minimakan seminimanya.
Posted by sejernih kalam nurani at 5:58 AM
0 comments:
Post a Comment